Saturday, February 12, 2011

Keparat??

korang dh tgok Khurafat?..
tetibe je cik ayin nk citer psl filem tu...sape yg dh tgk tu, korang rs pe?...masam, masin, pahit?...hehe...
bg cik ayin x de la beshh sgt..seram2 sejuk cm filem2 lain jgk...
sound effect je lebih ngn hantu yg suke sgt main cak2 manja jap kt tepi, bawah, belakang...


filem khurafat

bpe bintang bling2 korang nk bg tuk citer ni? (sapa yg dh tgk je eh)...
3/10 ok kot...haha..kejam ko....
tp yg x bole blah tu si liyana jasmin jd bini syamsul cam @#$%^.....x seswai la woi syamsul..cuba la cari yg matured sket..bru de feel sket penonton tgk kn... ni jerit pn suara takat2 hidung je..muahaaha..
dgr filem ni pn dh nk pecah panggung sbb dh kutipan jutaan ringgit....


anyway, korang  sendiri leh nilaikan sendiri.....klu yg belum tgk mybe review dr seorg penonton ni boleh wat keputusan tuk korang kn...





"Nama cerita ini sepatutnye ditukarkan kepada nama yang lebih sesuai seperti Syirik Si Syamsul Pembantu Perubatan ataupun Jangan Pandang Atas atau Tepi. Terlalu terang, nyata dan lagi bersuluh cerita ini amat jauh untuk dikaitkan dengan istilah dan nama KHURAFAT kerana kebanyakkan kejadian yang berlaku dlm filem ini lebih memaparkan kejadian syirik dan bukanye khurafat. Fine, lu punye cerita, lu punye suke nak letak tajuk ape kan. Gua tahu lu dah dapat juta-juta lemon. Tapi, nampak sangat Syamsul mengelak untuk meniru gaya Si Ahmad Idham iaitu musuh beliau kerana semua hantu tak reti datang daripada belakang. Kebanyakkan hantu datang daripada depan, tepi atau atas. Maybe sebab akhirnye hantu-hantu sedar manusia takde side mirror dan dorang sedar main belakang tu haram. Lagipun hantu-hantu pun bosan dah muncul dari belakang, C.L.I.C.H.E."







                                Bunyi saspen ————->>> Hantu muka tak siap plastic surgery






"Seperti cerita-cerita seram keluaran syarikat produksi Malaysia yang lain, cerita Khurafat ini terlalu dan amatlah terlalu banyak menggunakan elemen terkejut dan bermain dengan muzik saspen yang sehingga kini tidak lagi sesaspen mana dan menjadi bahan saspen olok-olok dalam kalangan pengusaha filem tempatan. Elemen bunyi saspen yang disertakan dengan hantu wanita yang suka main cak-cak amatlah bosan dan menghampakan."






"Lagi satu, hantu yang sepatutnye menghantui si Syamsul adalah hantu lelaki dan bukan hantu bertetek berambut panjang suka memeluk lelaki kerana minyak dagu ataupun minyak senyonyong yang diperolehi Syamsul adalah daripada mayat seorang lelaki. Bak kata tok bomoh Latif Borgiba, roh yang ada didalam badan minah clubbing tersebut adalah dari mayat lelaki tersebut. Isn’t it obvious that the ghost should be a male looking ghost? Wahai Syamsul, sebelum buat filem sila buat skrip, plot dan research dahulu ya. Jangan sampai anak bini tujuh keturunan menanggung malu berganda-ganda."






"Khurafat ini sesunguhnya tidak lebih daripada cerita-cerita bergenre seram yang lain. Twist yang dipaparkan di hujung cerita juga amatlah cliche. Sesuai dengan gaya pemikiran warga Melayu yang malas menonton cerita-cerita seram Jepun dan Korea yang membuatkan mereka berfikir dengan amat dalam dan menyelesaikan misteri dengan sendirinya. Story play seolah-olah ingin mencari siapa empunya hantu sedangkan obviously hantu itu mesti ade kaitan dengan si minah clubbing bergigi jarang tersebut. Gua akan tabik cerita ini kalau mampu men-twist-kan this so called Khurafat dengan menunjukkan bahawa si durjana sebenar adalah si pembawa van jenazah yang fail cakap utara. Btw Syamsul, hospital mana ko shooting yang all the time blackout takde elektrik tu? Syamsul, read my lips C.L.I.C.H.E!"






  "# Siapa perasan rumah mak Syamsul tu sama macam rumah pak cik baring terbang kena rasuk tu? "








Renung-renungkan dan Selamat Menonton

>_<






2 comments: